Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di
sesebuah negara. (10m)
Faktor
pertama yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara ialah
faktor pendidikan. Faktor pendidikan, iaitu kemudahan dan pembangunan institusi
pendidikan seperti sekolah, kolej, IPTA dan IPTS yang membuka peluang kepada
rakyat mendapatkan pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah yang meningkatan
kadar celik huruf dan celik IT yang tinggi, pendidikan menengah yang
menyediakan tenaga buruh separuh mahir, dan pendidikan tinggi yang menyediakan
tenaga buruh mahir tempatan yang berpengetahuan dan akan membentuk tenaga kerja
yang berkualiti untuk membangunkan
negara.
Faktor
kedua yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara ialah faktor
kemahiran. Kemahiran dan kecekapan khusus sesuatu bidang seperti teknik dan
vokasional, kejuruteraan, rekacipta, pengurusan dan profesional yang diperolehi
melalui pengalaman, latihan lanjutan, dan perkongsian kepakaran. Contohnya,
pekerja kilang Proton dihantar berkursus di Kilang Mitshubishi, Jepun.
Kemahiran tinggi dan kepakaran ini dapat meningkatkan daya cipta dan inovasi
baru. Contohnya, reka bentuk dan enjin kereta Proton. Perkembangan ekonomi
kuarterner dan kuiner yang berkembang ini telah membawa eksport inovasi dan
kepakaran ke luar negara. Contohnya, pengurusan dan konsultan perladangan FELDA
didunakan oleh negara Indonesia untuk membuka ladang kelapa sawit.
Selain
itu, kesihatan juga mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara.
Terdapat kemudahan prasarana dan kepakaran kesihatan yang berkualiti dan
meluas. Terdapat akses kesihatan yang baik seperti kemudahan klinik, hospital,
hospital pakar, nisbah doktor yang kecil, pencegahan penyakit berjangkiti,
program imunisasi yang meluas dan berkesan, dan amalan pemakanan seimbang.
Peningkatan tahap kesihatan dapat meningkatkan kadar kelahiran hidup,
meningkatkan jangka hayat dan mengurangkan kadar kematian. Kemudahan dan akses
kesihatan yang mudah dan meluas dapat melahirkan modal insan atau tenaga buruh
yang sihat, bersemangat dan tekun untuk membangunkan negara.
Faktor
kebolehkerjaan boleh mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. Kebolahkerjaan,
iaitu budaya kerja penduduk yang positif seperti mempunyai semangat kerja yang
tinggi, rajin, menepati masa dan berinovasi. Penduduk juga mudah dilatih ,
bersedia untuk bekerja, mematuhi arahan, dan sedia berkhidmat di mana-mana
lokasi yang diarahkan oleh majikan. Penduduk juga mempunyai ketahanan fizikal
dan mental yang bersedia menghadapi tekanan kerja sewaktu bertugas.
Faktor sikap positif
juga mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. Contoh sikap
positif ialah penduduk mempunyai perwatakan dan daya kepimpinan yang kemas,
sistematik dan berkesan. Kecekapan berkomunikasi dan bersedia untuk bekerja
dalam satu pasukan. Pekerja perlu mempunyai tahap intergriti yang tinggi,
kejujuran, kesetiaan, dan amanah kepada majikan. Keterbukaan minda penduduk,
khasnya golongan pekerja menerima idea, inovasi dan menjadi agen perubahan.
Faktor
terakhir yang mempengaruhi kualiti sumber manusia do sesebuah negara ialah
faktor dasar kerajaan. Kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus, insentif,
biasiswa, dan program pembangunan modal insan. Contohnya, INTAN ditubuhkan di
seluruh negeri untuk memodenkan pengurusan pentadbiran jabatan kerajaan.
Kerajaan juga menyediakan kemudahan biasiswa JPA dan Kementerian berkaitan
serta pinjaman PTPTN untuk memudah dan menggalakkan penduduk melanjutkan
pelajaran ke IPTA dan IPTS di seluruh negara bagi menampung keperluan tenaga
buruh separuh dan tenaga buruh mahir tempatan. Kerajaan juga menggalakkan
“Pendidikan Sepanjang Hayat” dan galakan kepada golongan cendikiawan
menjalankan kajian dan penyelidikan melalui Geran-Geran Penyelidikan yang
disalurkan kepada IPTA dan IPTS tempatan. Contohnya, Geran Penyelidikan Kawalan
dan Vektor Penyakit Berjangkiti USM.