Sabtu, 24 Mei 2014

Contoh Jawapan - Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara.



Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. (10m)
         
             Faktor pertama yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara ialah faktor pendidikan. Faktor pendidikan, iaitu kemudahan dan pembangunan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, IPTA dan IPTS yang membuka peluang kepada rakyat mendapatkan pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah yang meningkatan kadar celik huruf dan celik IT yang tinggi, pendidikan menengah yang menyediakan tenaga buruh separuh mahir, dan pendidikan tinggi yang menyediakan tenaga buruh mahir tempatan yang berpengetahuan dan akan membentuk tenaga kerja  yang berkualiti untuk membangunkan negara.

            Faktor kedua yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara ialah faktor kemahiran. Kemahiran dan kecekapan khusus sesuatu bidang seperti teknik dan vokasional, kejuruteraan, rekacipta, pengurusan dan profesional yang diperolehi melalui pengalaman, latihan lanjutan, dan perkongsian kepakaran. Contohnya, pekerja kilang Proton dihantar berkursus di Kilang Mitshubishi, Jepun. Kemahiran tinggi dan kepakaran ini dapat meningkatkan daya cipta dan inovasi baru. Contohnya, reka bentuk dan enjin kereta Proton. Perkembangan ekonomi kuarterner dan kuiner yang berkembang ini telah membawa eksport inovasi dan kepakaran ke luar negara. Contohnya, pengurusan dan konsultan perladangan FELDA didunakan oleh negara Indonesia untuk membuka ladang kelapa sawit.
            Selain itu, kesihatan juga mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. Terdapat kemudahan prasarana dan kepakaran kesihatan yang berkualiti dan meluas. Terdapat akses kesihatan yang baik seperti kemudahan klinik, hospital, hospital pakar, nisbah doktor yang kecil, pencegahan penyakit berjangkiti, program imunisasi yang meluas dan berkesan, dan amalan pemakanan seimbang. Peningkatan tahap kesihatan dapat meningkatkan kadar kelahiran hidup, meningkatkan jangka hayat dan mengurangkan kadar kematian. Kemudahan dan akses kesihatan yang mudah dan meluas dapat melahirkan modal insan atau tenaga buruh yang sihat, bersemangat dan tekun untuk membangunkan negara.

            Faktor kebolehkerjaan boleh mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. Kebolahkerjaan, iaitu budaya kerja penduduk yang positif seperti mempunyai semangat kerja yang tinggi, rajin, menepati masa dan berinovasi. Penduduk juga mudah dilatih , bersedia untuk bekerja, mematuhi arahan, dan sedia berkhidmat di mana-mana lokasi yang diarahkan oleh majikan. Penduduk juga mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang bersedia menghadapi tekanan kerja sewaktu bertugas.
           

Faktor sikap positif juga mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. Contoh sikap positif ialah penduduk mempunyai perwatakan dan daya kepimpinan yang kemas, sistematik dan berkesan. Kecekapan berkomunikasi dan bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan. Pekerja perlu mempunyai tahap intergriti yang tinggi, kejujuran, kesetiaan, dan amanah kepada majikan. Keterbukaan minda penduduk, khasnya golongan pekerja menerima idea, inovasi dan menjadi agen perubahan.

            Faktor terakhir yang mempengaruhi kualiti sumber manusia do sesebuah negara ialah faktor dasar kerajaan. Kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus, insentif, biasiswa, dan program pembangunan modal insan. Contohnya, INTAN ditubuhkan di seluruh negeri untuk memodenkan pengurusan pentadbiran jabatan kerajaan. Kerajaan juga menyediakan kemudahan biasiswa JPA dan Kementerian berkaitan serta pinjaman PTPTN untuk memudah dan menggalakkan penduduk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS di seluruh negara bagi menampung keperluan tenaga buruh separuh dan tenaga buruh mahir tempatan. Kerajaan juga menggalakkan “Pendidikan Sepanjang Hayat” dan galakan kepada golongan cendikiawan menjalankan kajian dan penyelidikan melalui Geran-Geran Penyelidikan yang disalurkan kepada IPTA dan IPTS tempatan. Contohnya, Geran Penyelidikan Kawalan dan Vektor Penyakit Berjangkiti USM.